Friday, May 31, 2013

Alhamdulillah.


Assalamualaikum and hai readers :).Sihat?Kalau sihat alhamdulillah.Tak sihat takpa,Allah sedang menarik dosa dosa awak :).Jangan mengeluh.

So how your holiday kawan kawan ku?Hikhik holiday aku so far so good.Well takpi mana mana pun.Cuma terperap dekat rumah,kalau rajin ikut mama pi tempat kerja.Ikut mama pi tempat kerja rasa diri terjamin sikit.Makan apa semua cukup hihi.Kalau duk sorang sorang kat rumah memang tak ketahuan.Makanan kat rumah pun takdak hemmm -,-

Okey back to our title.Alhamdulillah,syukur kepada Allah.Ramai orang dah berhijrah kan kan kan?Tak kira la apapun alasan hampa berhijrah,asalkan hampa semua ikhlas untuk kembali ke jalanNya.Well,pray for me too!! :)

And alhamdulillah jugak,sekarang ni,sedikit demi sedikit aku dah dapat terima kehilangan arwah Opah.Atuk pun sekarang dah okay.Walaupun kekadang masih terbayang wajah opah yang bertudungkan kain kapan,ya Allah cantiknya Opah tak terkata masa tu.Mengalir air mata bila teringatkan wajah Opah yang tenang tu hm :').Tapi takpa,dugaan ni menimpa ada hikmahnya.Moga Opah berada bersama orang yang beriman.Amin amin ya Rabba al'amin :').

Hmm well entry yang aku post ni sekarang semakin pendek kan?Heee sorry ya lagipun idea tak ada sangat sekarang.Tadi ada punya la banyak tetiba hilang pooof macam tu ja hm.so maybe this is the end.Assalamualaikum xx :)

Tuesday, May 28, 2013

26th Of May .


Hai assalamualaikum readers.Sihat?Alhamdulillah Syipak di sini sihat jeee.Em.

Apa yang dah terjadi pada 26th of May?Well maybe ada orang dah taw kan.Aku kehilangan,seorang yang bermakna dalam hidup aku,orang yang aku sayang dari aku kecil,dan sampai bila bila pun akan kekal perasaan sayang tu,orang yang sentiasa belai,cium,dan beri semangat kt aku,orang yang bimbing aku,orang yang pandai buat kuah kacang,the best ever tiap tiap hari Raya.Opah.Yes.My Opah.

Well maybe aku ada kata kat some entry yang opah sakit.Pada tarikh 26 May 2013,Opah dah kembali ke rahmatullah.Dah berada di sisi Allah s.w.t.Bagi aku,biarlah Opah pergi.Aku redha.Lagipun lebih baik Allah ambil Opah,daripada kami sekeluarga tengok Opah terseksa dengan penyakit dia :').

Opah hembuskan nafas terakhirnya dengan tenang sekali.Well,kami sekeluarga tak dapat berada di sisi Opah masa Opah hembuskan nafas terakhirnya.Time tu,nak hantar kakak aku masuk UM.Masa tu aku memang tak sedap hati dah.Tapi aku just senyapkan diri.Tetiba mama dapat call,time tu aku tengok mama lain macam dah.And tetiba mama cakap "adik,opah dah tak ada".Time tu,Ya Allah Ya Tuhanku,Allah ja yang tahu betapa hancurnya hati aku,betapa sedihnya aku.Air mata aku tak dapat nak tahan.Aku tak kisah lah orang sekeliling tengok aku ke tidak.Yang aku kisah sekarang Opah.Opah dah tak ada :'(

Lepas habis ja apa semua kakak aku daftar,mama mintak kebenaran untuk bawa kakak aku balik.Masuk ja dalam kereta kami semua menangis.Sampai ja dekat rumah Opah,aku tengok ramai orang.Masuk rumah then aku terus tukar baju.Abang aku pergi dekat sisi Opah aku,bca Yassin.And betapa sedihnya aku,aku tak boleh baca Yassin untuk Opah :'(.

Aku akan sentiasa ingat kat Opah.Sayang Opah dan tak akan pernah lupa jasa Opah.Aku taw aku kena terima semua ni dan redha,tapi ia memerlukan masa.Sebab aku sayang sangat dekat Opah em.Doakan aku.Supaya dapat terima semua ini.Assalamualaikum.

Al-Fatihah untuk Opah.



Friday, May 17, 2013

Hermm

i taw i tak comel so stop judging.awak pun tk comel sgt.

Assalamualaikum.Hai readers/bloggers.Sihat?Alhamdulillah saya di sini sihat sejahtera di samping keluarga dan rakan rakan.Saya di sini sedang menghadapi exam mid year.Alhamdulillah setakat ini saya dapat menjawab soalan soalan yang telah diberi.Ahh what do i talkin' bout.

K.U know what,bila dah jadi mcm ni mesti jadi tk tentu arah.Jadi apa?In love.In love with somebody that you shouldn't fall with.Apa mksud aku?Well aku dahTERsuka dengan orang yang tak sepatutnya!!!ahahahaha fool ME.Bila dah suka dengan orang yang tak sepatutnya,hati ini sentiasa ditoreh,dikelar,dilapah oleh perasaan yang tak sepatutnya.Cemburu.Ya cemburu.Cemburu dendam dan macam macam.Ahahahaha ya Allah mintak simpang,jangan la jadi macam tu.

Apa yang boleh i katakan,moga dia bahagia di samping orang yang dia sayang,moga dia sentiasa dengan senyuman dia that makes me melt everday,moga dia...tak akan dilukai.Ahahaha tu pun dah enough untuk aku ahaha.Dah cukup happykan aku,i guess.

I'll make sure he won't know my feelings towards him.Haha naya ja taw kalau dia tahu yang aku ni ada perasaan tah apa apa dekat dia.Em.K.I think that's all.Haha.Em.Bye assalamualaikum.xx buih :')
                                                                                                                                                 

Thursday, December 20, 2012

Hikmah Disebaliknya


Assalamualaikum guys,salam sejahtera salam satu Malaysia hee .Sihat?Aku sihat ja alhamdulillah.Well well ,minggu terakhir cuti sekolah semakin hampir.Haih aku di sini,sangat boring,menantikan cuti sekolah untuk habis,mengharapkan seseorang.Haih.Aku tak boleh jugak.Kenapa..kenapa?Kenapa aku tak boleh stop,even sehari pun untuk stop mengharap.Peritnya rasa simpan,pendam semua ni.*tiup rambut*

Bila dikira ditambah ditolak dibahagi apa semua,yeah,it's almost a year awak.A year.Kita still macam ni.Nak kata lost conctact tak.Tapi,entah.Kita jadi macam baru kenal,macam aku ni strangers gila bagi dia and kawan yang dia dah kenal lama bila dia ada masalah.Bila haritu dia kata dia mintak maaf blablabla aku ingatkan dia memang dah sedar.Serious aku cakap weyh,time tu aku rasa macam nak menangis jaa.Tapi tak.Tu cuma sementara.Haih.Lepas tu jadi la balik.

Aku terlalu rindukan 2011.Tahun yang masalah macam tak penting ja bagi aku.Tahun yang aku selalu happy bagai nak rak.Tahun yang penuh dengan gelak tawa,penuh ceria *cehwahh ayat*.Tahun yang if ada masalah,just luahkan ja semua dekat geng GeeZ.Tahun yang tak matured so masalah tak lah bertimpa sangat.Tahun kawan yang rapat sangat tak akan berpecah belah.Tahun yang,yang aku selalu dapat text dari dia.Hmm.Aku rindu.Aku rindu that moment.Tapi sekarang?Semua ada life sendiri.Woooo ayat macam dah habis belajar woo hahaha.Aku still contact pun dengan Nana,Nisa,Fiqah and Syalis.Oh tak lupa Farzana and Farzana.Atika?Hm entah lah.

Dia?Lagilah.FB or twitter sekalipun,jarang kami nak contact.Hm.Lagu blog aku sekarang pun dah macam sedih.Hm.Sadlife.Hm.Entahlah.Aku cuma harap,wishlist 2013 akan tercapai semua.Moga Allah sentiasa bagi balik hidup aku yang happy dulu.Hahaha.Yeah maybe hampa tengok aku gelak,aku senyum,aku gila,terlompat sana sini,jerit sana sini,nampak sangat aku happy.Tapi deep inside,hanya Allah yang tahu awak awak sekalian.Banyak nya masalah bertimpa dekat aku.Bak kata orang,ada hikmah disebaliknya.Hm.Entah lah.Maybe memang ada hikmah disebaliknya.And Allah selalu bagi dugaan kepada hamba hambaNya,untuk menguji kesabaran hambaNya,untuk menguji bahawa sebanyak manakah hamba hambaNya sentiasa memperingatiNya.

Hanis,bila dia baca semua sad entry aku,dia mesti bagi advice.Haha.Aku rasa diri ni disayangi sangat oleh Hanis.Pffftt hahaha jangan jeles hampa xD Katanya , Allah nak duga aku.And aku kena selalu sabar menghadapinya.Hm.Yeah,aku akan cuba Hanis!Fighting!! :*

Okeylah uollss,sebelum I makin mereben merepek apa semua,goodbye.Assalamualaikum and may Allah always bless all of you :*

Friday, February 3, 2012

Ayah n Mama ♥


They're my life , my soul , my heart :'D

Haii and assalamualaikum :D 

First of all , cantik dak new blogskins kami ? Heee cantik dak header kami ? Tu Atika yang buat . Syang diaaaa ! :D Neway entry ni agak panjang taw , sekali ampa baca ampa kena baca sampai abeh ! Heeee joke joke :D

Gambar kat atas tu gambar parents kite . Tiba tiba terdetik kat hati ni nak post pasai depa dua hehe . Ayah n mama kami comel ann ? Hewhewhew . Muka kami ikut depa dua ann ?
Dari kami kecik comeycomey tu sampai sekarang , kami suka tanya mama macam macam soalan . Macam mana mama dengan ayah boleh kahwin , berjumpa , bertunang , and blablabla . And hampa nak taw dakk ? Meh sini kami cerita :D 

Dulu , waktu depa dua muda muda , ayah kami ni secret admire mama . Haha , depa dua dlu cikgu . Mengajaq kat sekolah yang sama . And mama kata ayah selalu tolong mama . And then tuptup ayah kami masuk meminang mama . Atok kami sebelah mama pun berkenan kat ayah untuk jadi menantu dia , so depa pun on kan je la . And ta silap kami bulan June tahun 1991/90 kot , depa dua kahwin . Haaaa tengok , kami taw semua . 

Then tahun 92 , kakak kami pun lahir . And then 94 abang kami , 95 kakak kami and last sekali 99 baru kami . Jauh beza kan kami ? Kami ja yang paling muda --'

Dulu time kami kecik kecik , kami paling rapat dengan ayah kami . Ayah kami suka dukung kami , tapi sekarang tak buleh dah sobsob sebab kami dah besaq :'D , kalau time shopping kami akan ikut ayah kami , adik-beradik kami yang lagi tiga tu ikut mama kami , ayah kami suka usik kami , dulu time kami darjah bapa entah , ayah kami ada kata "Nanti ayah nak hantaq adik pi MRSM Langkawi lahh" Haha time tu kami kecut abeh ! Tapi relax laa , tak dapat pun MRSM -,-

Mama kami cena pulak ? Mama kami besttt . Even dia marah marah and bebel , tapi dia caring haha . Tak boleh puji lebih sangat satgi dia kembang XD dia pandai masak (haruslah) , dia taw feberet food kami semua adik-beradik , and dia ibu yang tabah :'D . Kami ingat lagi time hari peksa UPSR/ambik result , dia mesti advice kami . Selawat , doa dan kena kuat terima keputusan . And waktu kami call dia kata yang 19 orang ja dapat 5A , dia taw yang kami nak menangis . Dia pujuk kami . Dia kata "Takpa , jangan sedih , mama terima ja berapa A yang adik dapat pun ." Ya Allah sumpah time lepas letak phone ja kami nangis teruk . 

Apa yang kami boleh kata is kami sangat sangat bersyukur cause dapat parents cam depa dua . Even ayah pendiam , tapi dia suka buat lawak jugak secara diam . Mama pun even kuat marah and bebel , tapi salah kami jugak la selalu buat perangai . Kami sayang depa dua . Sayang kami kat depa dua tak boleh terkata . Ceih ayat touching abeh XD 

Kbye , assalamualaikum <3

Thursday, November 17, 2011

Thank You Allah :')

Hello and assalamualaikum readers :)


Pekabo ? Sehat , Alhamdulilah la kalau sehat . And saya nak cakap alhamdulilah sekali lagi jugak sebab ..


Semalam hari terakhir sekolah and hari dapat result . Waa ! Cuakcuak . Nak tawu dpat bape ? Nak nak ? Ermm .. saya dapat ..


Jeng Jeng Jeng !


Alhamdulilah , saya dapat 5A :))


Berkat mak ayah and family saya , kawankawan saya yang ajar saya klau saya tak faham and guruguru yang mengajar saya , akhirnya saya berjaya . Serious macam tk bleh nak prcaya saya dpat 5A . Macam .. macam .. orang yang buat slip tu tersilap taip je -.-'
Even kawanwkawan saya pun tk prcaya . SAYA lagi la tak percaya langsung . Tapi , alhamdulilah , Allah beri rezeki buat saya :))


Apa yang menjadi kebiasaanya , saya menangis tak berhenti -.-'
Turun je daripada pentas , terus menangis . Waaa . Menangis kegembiraan . HIHI , ;)



Budak ni kawan saya :D
*abaikan muka aku-,-*

5A students :)


Cikgu Yadzni and Cikgu Safiza . The best teacer eva ! :)


                                                                                                                                                                                                                                             
Last day memang tak syok . Sebelum balik , macam nak menangis ja balik ! HUHU , pelukpeluk dengan geng GeeZ . Paling syok peluk Rapiqah . Dia peluk ketatketat and aku rasa macam takmaw lepas ja . Hukhuk ;( 

Okey ! Takleh nk tulis dah ni , sebak sebak !


Kbabai . Assalamualaikum :')